WABAK #CORONAVIRUS #COV19
Salam Sejahtera Semua ,
Seperti yang kita ketahui sekarang ini , wabak CoronaVirus ataupun lebih dikenali sebagai Cov19 sudah mula menular ke beberapa negara lain termasuk juga di Negara ASEAN seperti Thailand , Singapura dan Vietnam . Tidak terkecuali juga di negara kita sendiri , Malaysia yang mana pada setakat ini , seramai 4 orang disahkan sebagai suspek bagi wabak virus ini yang mana suspek tersebut adalah daripada warga China sendiri .
Seperti mana yang kita tahu juga , wabak ini mula berlaku pada Disember 2019 dan datang daripada bandar Wuhan , China sehinggalah merebak ke seluruh bandar dan daerah di negara China .
Banyak juga negara-negara lain seperti Filipina , Rusia dan beberapa negara dunia lain sudah mula bertindak dengan menyekat dan menghalau pelancong dari Negara China daripada memasuki negara mereka . Tetapi sebaliknya di Malaysia , Pihak Kerajaan Malaysia masih lagi mengalu-alukan kehadiran mereka ke Negara ini atas alasan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 . Pihak Kerajaan juga menegaskan jika mereka menyekat kehadiran Pelancong China ke Negara ini , ianya akan menjejaskan industri pelancongan Negara . Tidakkah itu pelik ?
Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan wabak Cov19 ini belum lagi mencapai tahap kritikal dan tiada keperluan untuk menyekat kehadiran Pelancong China ke Negara ini . Kenapa masih berlembut dengan mereka ?
Sedangkan beberapa negara dunia lain sudah mula menyekat kehadiran mereka ke negara mereka atas faktor keselamatan dan kesihatan rakyat negara mereka . Tetapi sebaliknya , Malaysia masih lagi mengalu-alukan kehadiran mereka ke negara kita . Tidakkah kerajaan tidak berasa risau keadaan kesihatan seluruh rakyat Malaysia & keadaan keselamatan negara ?
Sudah tiba masanya , Kerajaan perlu bertindak untuk menyekat kehadiran Pelancong-Pelancong China ke Negara ini seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara lain atas faktor keselamatan dan kesihatan negara serta rakyat Malaysia . Kerajaan juga perlu menggantung Visa 15 hari mereka buat sementara waktu sehinggalah wabak ini reda .
Daripada :
Mohamad Hafiz Bin Mohd Isa
Comments
Post a Comment