Assalamulaikum WBT ,
Salam Sejahtera Semua ,
Kita dikejutkan dengan berita buruk hari ini iaitu pengumuman penutupan operasi Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh , Perak bermula hari ini serta-merta hingga di tarikh baharu kelak .
Ini merupakan keputusan mengejut yang dilakukan oleh Pihak MAPS walaupun sekarang ini adalah musim Tahun Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020 dan sedikit sebanyak akan mengecewakan pengunjung-pengunjung dan Pelancong-Pelancong yang datang melawat Ipoh , Perak. Ini juga satu berita sedih kepada para pekerja yang bekerja di MAPS selama ini.
Walaupun MAPS mengalami masalah tunggakan bil elektrik sebanyak RM 4 juta pada Disember 2019 yang lalu seperti yang diakui oleh Menteri Besar Perak , Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu , ini sedikit sebanyak memberi gambaran dan persepsi buruk kepada MAPS dan Kerajaan Negeri Perak .
Diharap Pihak Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Perak , Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu dapat mencari jalan penyelesaian untuk menghidupkan semula Taman Tema MAPS ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020 dan mencari insentif lain kepada Para Pekerja MAPS yang diberhentikan secara mengejut akibat penutupan operasi MAPS .
Mohamad Hafiz Bin Mohd Isa
Comments
Post a Comment